MENYAMBUNG HURUF JAWI DAN MENULIS
PERKATAAN DENGAN TEKNIK “PERMAINAN MENGOPEK KERANG DAN MEMANCING HURUF”.
Oleh:
Fadhilah
bt. Jamaludin
Sekolah
Kebangsaan Kuala Gula
34350,
Kuala Kurau, Perak
ABSTRAK.
Guru-guru
Pendidikan Islam sering menghadapi masalah dalam pengajaran Pelajaran Jawi kerana
terdapat sebilangan murid yang bermasalah dalam penguasaan kemahiran menulis
dan membaca jawi. Senario ini tidak boleh dibiarkan kerana ia akan berpanjangan sehingga murid menjejakkan kaki
ke sekolah menengah pula. Kaedah dan teknik sedia ada sememangnya sudah cukup
berkesan bagi murid yang cerdas tetapi tidak bagi murid yang dalam peringkat
sederhana dan lemah. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan untuk membantu beberapa
orang murid yang dikesan menghadapi masalah dalam menyambung huruf-huruf jawi
bagi membentuk perkataan. Kebolehan menulis dan membaca dalam tulisan jawi akan
memungkinkan murid lebih menguasai pembelajaran Pendidikan Islam.
1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Berdasarkan
pengalaman saya mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam , didapati beberapa
orang murid kurang menguasai kemahiran menulis dan membaca dalam jawi. Pelajar di
sekolah ini kebanyakannya tinggal di perkampungan nelayan. Amalan dan
penghayatan isi mata pelajaran Pendidikan Islam hanya tertumpu di rumah dan
tidak dilanjutkan di rumah. Malah ramai dikalangan ibubapa mereka tidak tahu
membaca dan menulis jawi. Oleh itu saya dan rakan –rakan guru Pendidikan Islam
di sekolah ini bertanggungjawab memberi pendedahan dan membina asas yang kukuh
dalam pegangan hidup beragama serta memberi panduan agar mereka mahir menulis
dan membaca jawi.
Kegagalan
menguasai kemahiran jawi akan menyukarkan murid membaca bahan- bahan
pembelajaran contohnya kandungan buku teks, buku rujukan ,buku latihan dan
tidak dapat menjawab soalan ujian dan peperiksaan dengan baik. Kini saya
berazam untuk merungkaikan permasalahan yang dihadapi oleh murid yang menjadi
responden dalam kajian tindakan saya kali ini.
2.0 MASALAH KAJIAN.
Murid sebenarnya sudah mengenali
menghafal 37 huruf-huruf jawi namun kelemahan mereka adalah dalam menyambung
huruf-huruf jawi bagi membentuk perkataan. Permasalahan ini membantutkan
keserokan belajar matapelajaran Pendidikan Islam. Kelemahan ini bukan hanya
berpunca daripada murid semata-mata namun sebagai seorang guru yang profesional
saya perlu meningkatkan dan memperbaiki amalan pedagogi dan berusaha menambat
hati mereka agar mahu memajukan diri serta menguasai apa yang diajar.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 OBJEKTIF AM.
1)
Menguasai kemahiran asas jawi iaitu menulis dan membaca tulisan jawi.
2)
Dapat menambah minat dan pencapaian murid dalam pelajaran jawi.
3.2 OBJEKTIF KHUSUS.
1)
murid dapat mengenal huruf jawi yang boleh disambung dan tidak boleh
disambung.
2)
Murid mengetahui bagaimana bentuk huruf di awal. di tengah dan di akhir
apabila disambung.
3) Mengatasi
masalah murid dalam menyambung huruf-huruf jawi menjadi satu
perkataan.
4) Mempelbagaikan
kaedah pengajaran dan pembelajaran secara terancang dan
berkesan.
4.0 KUMPULAN SASARAN.
Terdiri
daripada 6 orang murid tahun 2. Masalah yang mereka hadapi adalah tidak
mengetahui huruf yang boleh dan idak boleh disambung serta tidak tahu
menyambung huruf tunggal jawi menjadi satu perkataan. Mereka yang saya pilih
ialah:
1) Nur
Asyira Idayu bt Ramli.
2) Najihah
bt Mazlam
3)
Mohamad Firdaus b. Zakaria
4)
Isma Alif b. Saad.
5)
Siti Aisyah bt Mohd Sazali
6)
Puteri bt Rohizi
5.0 LANGKAH PELAKSANAAN KAJIAN
Kajian ini menumpukan kepada cara
untuk mengenalpasti dan menangani masalah yang wujud melalui pengumpulan data
mengikut langkat-langkah berikut :
5.1 TINJAUAN MASALAH.
Tinjauan masalah telah saya
laksanakan dengan cara pemerhatian semasa mengajar, temubual dengan murid
sendiri dan pandangan rakan-rakan guru yang mengajar kelas ini dan berdasarkan
jawapan murid semasa latihan diberi.
5.1.1
Pemerhatian.
5.1.2
Temubual.
5.1.3
Latihan .
5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
5.2.1
PEMERHATIAN
Berdasarkan pemerhatian terhadap
murid semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan didapati murid :
ü Tidak
mahu melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan.
ü Tidak
mahu cuba untuk menjawab soalan yang diutarakan oleh guru.
ü Kurang
fokus pada pembelajaran.
ü Kurang
berkomunikasi dengan rakan dalam hal pelajaran.
ü Tiada
daya saing dan usaha untuk memajukan diri.
5.2.2
TEMUBUAL DAN SOAL SELIDIK.
Berdasarkan
temubual dan soal selidik bersama murid disimpulkan bahawa:
ü Tidak
berminat untuk belajar dan rasa sukar mengikuti apa yang diajar.
ü Tiada
sokongan daripada ahli keluarga dan ibubapa kerana mereka sendiri tidak
mahir
dalam menulis dan membaca jawi.
ü Merasakan
diri banyak kekurangan, kurang keyakinan dan malu.
ü Tidak
biasa menggunakan bahan bacaan jawi seperti buku cerita dan akhbar tulisan jawi
yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah.
5.2.3
LATIHAN DAN UJIAN.
Setelah murid diberikan ujian
bertulis untuk menyambung huruf-huruf jawi didapati berlaku banyak kesalahan . Antara
kesilapan yang dibuat adalah:
ü Menyambung
huruf sesuka hati .
ü Menyambung
dengan bentuk dan cara yang salah.
ü Tidak menyambung tetapi cuma merapatkan huruf sahaja.
5.4 METHODOLOGI PELAKSANAAN KAJIAN
5.4.1
PERANCANGAN KAJIAN .
Bagi menarik perhatian murid ,saya
merancang aktiviti yang berkaitan rapat dengan kehidupan seharian mereka . Persekitaran
mereka sinonim dengan tangkapan hasil laut, suasana di pelantar, mengopek kerang
dan aktiviti memancing ikan. Oleh itu, saya namakan aktiviti permainan yang
akan saya jalankan ada persamaan dengan aktiviti mereka.
Aktiviti bertujuan membolehkan murid
mengingat huruf-huruf jawi yang boleh
disambung dan tidak boleh disambung. Berdasarkan pengetahuan sedia ada murid
telah menghafal semua huruf jawi tetapi masih tidak tahu menyambungnya. Malah
amat keliru bagaimana untuk menyambung huruf jika ia di awal, tengah dan akhir.
Tempoh masa yang diambil bermula pertengahan Mac 2014 sehingga akhir Bulan april 2014
kira-kira 6 minggu untuk melihat hasil pencapaian murid. Sepanjang cuti
persekolahan pertengahan penggal pertama lalu, saya menyediakan lembaran kerja
agar murid mahir dalam menyambung huruf-huruf jawi.
Langkah pertama saya pastikan
murid-murid benar- benar mengenal huruf-huruf jawi. Kemudian mengetahui padanan
huruf jawi dengan huruf rumi. Ini akan memudahkan murid untuk menulis dan
menyebut suku kata dan perkataan nanti. Saya membekalkan murid dengan sehelai
kertas A4 yang telah dilaminate sebagai
panduan dan hafalan. Setelah diuji semua murid dapat menyebut padanan yang
betul barulah saya mulakan aktiviti permainan yang saya rancang. Saya akan
bertanya secara spontan apabila bertemu murid di mana sahaja di kawasan sekolah.
Secara tidak langsung hubungan guru dan murid lebih baik dan murid rasa selesa
apabila saya selalu berinteraksi dengan mereka.
5.4.2
AKTIVITI 1 (PERMAINAN MENGOPEK KERANG).
Aktiviti pertama dimulakan dengan memperkenalkan huruf
sama ada boleh sambung atau tidak. Huruf
dibahagikan kepada 3 pecahan.
1.EH, SOMBONGNYA DIA.
ALIF
A , WAU
Ë , VI , DAl e , Dzal g , Ra i, Zai k
2.MEMANG SOMBONG 3.KITA
KAN KAWAN.
Semua huruf
lain.
HAMZAH - Õ, HA-Ê
.
Murid akan diberi 3 keping kad poket
untuk menghafal huruf di atas di mana sahaja mereka berada. Kad-kad ini diberi
nama kad Sombong, kad memang sombong dan kad kawan.
1)Kad Sombong bermakna huruf tersebut
boleh disambung oleh huruf lain
tetapi tidak boleh menyambung huruf lain.
2)Kad memang sombong bermakna huruf
tesebut tidak langsung boleh
disambung dan menyambung .
3)Kad Kawan bermakna huruf –huruf yang
boleh disambung dan malah huruf
itu juga boleh menyambung huruf lain.
Apabila
murid telah menghafalnya setelah diberi tempoh beberapa hari aktiviti permainan
dijalankan. Permainan diberi nama ‘KOPEK
KERANG’. Murid biasa mambantu ibu bapa mengopek kerang pada hari cuti.
Murid nampaknya tidak sabar untuk bermain. Caranya murid mengambil 1 kerang
yang telah diletakkan pelekat dan diisi dengan satu atau 2 huruf jawi dalam
kotak yang diedarkan . Permainan ini boleh dimainkan di mana sahaja tempat yang
sesuai dan selesa. Saya akan mainkan muzik ataupun murid boleh menyanyi
bersama-sama dan muzik akan diberberhentikan secara tiba-tiba. Murid yang
sedang memegang peti akan menjawab secara lisan. Murid menyatakan huruf dan
menyatakannya sama ada boleh atau tidak boleh sambung, Saya akan membwri 2
markah bagi jawapan yang betul. Jika masih ada yang belum mahir dia diberi
tempoh untuk menghafalnya.
Selesai
aktiviti ini murid diberi latihan bertulis (sila lihat lampiran) bagi
mengukuhkan ingatan. Murid diminta menanda / jika
huruf itu boleh disambung dan x jika tidak boleh disambung. Guru juga menunjukkan
bagaimana bentuk huruf jawi apabila disambung apabila kedudukan huruf tersebut
berada di awal, tengah dan akhir.
5.4.3
AKTIVITI 2( PERMAINAN MEMANCING HURUF).
Setelah melepasi tahap pertama
dengan bermain permainan ‘kopek kerang’ beberapa pusingan murid boleh diajak
bermain permainan kedua dinamakan ‘Memancing
huruf.’ Ia ada persamaan dengan aktiviti memancing ikan yang dijalankan
oleh penduduk nelayan di sini. Sebelum itu guru akan memberi panduan dan murid
menulis mengikut contoh iaitu bagaimana bentuk huruf apabila disambung di awal,
tengah dan akhir. Tidak semua huruf ditampilkan. Murid diberi contoh huruf yang sama bentuknya
sahaja. Contohnya huruf seperti ba, ta ,dan, tha, Cuma huruf ba sahaja diterangkan. Cara
permainannya adalah dengan murid diberikan pancing yang diletakkan magnet
menggantikan kailnya. Murid akan cuba memancing huruf di dalam kotak atau bekas
yang besar. Tidak semua huruf diletakkan magnet untuk permainan yang lebih
mencabar. Setelah berjaya murid akan cuba mengisi jadual yang disediakan
bagaimana bentuk huruf tersebut ditulis di awal, tengah dan akhir. Permainan
boleh dijalankan beberapa pusingan. Pemenang juga akan diberikan hadiah .
5.5 REFLEKSI KAJIAN DAN PENILAIAN.
5.5.1
Hasil pemerhatian cara belajar dan sikap yang ditunjukkan oleh responden
sebelum pelaksanaan kajian ini, amat mengecewakan dan tidak membantu ke arah
peningkatan diri. Namun apabila dipilih melibatkan diri dalam kajian ini mereka
mula menunjukkan perubahan dari aspek sikap dan penguasaan kemahiran menulis
jawi. Mereka bermain dengan gembira dan dalam masa yang sama memahirkan diri
menyambung huruf dengan betul .
Perubahan
yang yang ditunjukkan dari aspek sikap adalah:
1)
Mulai rasa diberi perhatian dan berkehendak melibatkan diri.
2)
Yakin diri berada di samping rakan-rakan yang lain di kelas.
3)
Memberi kerjasama dalam semua aktiviti yang dirancang, malah tidak rasa
tertekan mengikuti setiap aktiviti.
4)
Berani mencuba walaupun melakukan kesilapan pada awalnya.
Perubahan
dari aspek pembelajaran.
1)Tidak
lagi keliru dalam menyambung huruf jawi.
2) Berjaya
menyambung huruf sama ada di awal tengah dan akhir.
3) Membuat
latihan sehingga siap,
4) Bukan
setakat boleh menulis malah boleh menyebut perkataan yang dieja.
5) Menjawab
dengan betul latihan yang diberi.
Di
sini dilampirkan jadual jawapan yang telah dijawab oleh murid melalui aktiviti
Kopek Kerang.
|
Pusingan
1
|
Pusingan
2
|
Pusingan
3
|
pusingan
4
|
pusingan
5
|
1)
Idayu
|
2
|
2
|
0
|
2
|
0
|
2)
Najihah
|
0
|
0
|
2
|
2
|
2
|
3)
Firdaus
|
2
|
2
|
2
|
0
|
2
|
4)
Isma Alif
|
2
|
2
|
2
|
2
|
0
|
5)
Aisyah
|
2
|
2
|
2
|
2
|
2
|
6)
Puteri
|
2
|
2
|
2
|
0
|
2
|
Berdasarkan jadual pencapaian jelas
menampakkan kebolehan murid menyatakan dengan betul huruf yang boleh disambung
dan yang tidak boleh disambung. Berikut pula jumlah markah yang diperolehi
melalui permainan memancing huruf.
NAMA
|
JUMLAH
MARKAH
|
|
1)
Idayu
|
60
|
|
2)
Najihah
|
90
|
PEMENANG
|
3)
Firdaus
|
65
|
|
4)
Isma Alif
|
70
|
|
5)
Aisyah
|
80
|
|
6)
Puteri
|
75
|
|
Saya tidak lupa memberikan hadiah
kepada murid yang mendapat tempat tertinggi. Ini mendorong murid lain untuk
cuba menjawab dengan lebih baik pada masa akan datang. Permainan ini akan terus
dilaksanakan apabila ada masa terluang.
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA.
Hasil daripada penyelidikan yang
dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan
pembelajaran murid dan penguasaan murid dalam kemahiran menulis jawi. Mereka
lebih yakin berada di samping rakan sekelas. Namun demikian itu belum cukup
untuk mereka bersaing dengan murid lain yang lebih mahir menulis dan membaca
jawi. Oleh itu saya berhasrat untuk melanjutkan kajian berkaitan kemahiran membina dan menulis
pelbagai jenis ayat mudah. Bimbingan dan perhatian yang berterusan akan
meningkatkan motivasi dalam diri murid-murid seterusnya mendorong mereka
menguasai pembelajaran.
7.0 KESIMPULAN.
Walaupun kajian ini hanya melibatkan
beberapa orang murid namun aktiviti yang direka juga sesuai untuk dijalankan di
kelas tahun dan murid lain yang mempunyai masalah yang sama. Semoga ianya
menjadi panduan perkongsian buat guru-guru lain. Ini bagi memastikan murid
tidak jauh ketinggalan dalam penguasaan kemahiran menulis jawi. Secara
peribadinya saya sebagai pengkaji dan Guru Pendidikan Islam merasakan usaha ini
dapat menyumbang kepada peningkatan tahap pencapaian murid dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam kerana Pelajaran Jawi berkait rapat dengan sumber dan bahan
bacaan untuk matapelajaran Pendidikan Islam . Sebagai usaha bagi membantu murid
mendapatkan bahan bacaan jawi saya telah mula melanggan Majalah Asuh dan Ana
Muslim untuk Pusat Sumber Sekolah yang di dalamnya terdapat petikan jawi yang
mudah dibaca. Semoga murid yang terhasil di bawah acuan kita adalah murid yang
celik Jawi.
SUMBER
RUJUKAN.
Buku Prosiding Konvensyen
Kajian Tindakan(2009), Ipoh :Jabatan Pelajaran
Perak.
Mak Soon Sang,(2003).Psikologi
Pendidikan, Subang Jaya :Kumpulan Budiman
Sdn Bhd
Manual Kajian Tindakan ,Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan :Kementerian Pelajaran Malaysia.
Matlob, Pandai Jawi (
2007),Shah Alam :Cerdik Publications Sdn. Bhd.
Modul Kursus bersiri Kajian
Tindakan(2009): Jabatan Pelajaran Perak.
Sharifah Alwiah Al sagoff(1993),Ilmu
Pendidikan:Pedagogi,Kuala Lumpur,
Heineman Education Book (Asia) ltd.
Solehuddin b. Hj. Arshad(2009),
Nota Panduan Sistem Ejaan Jawi Yang
Disempurnakan
Kaedah DBP: Pejabat Pelajatan Daerah Hilir Perak.
Assalamualaikum....
ReplyDeletemintak izin untuk ambil maklumat dan menggunakannya dalam tugasan saya...t.kasih
semoga dimudahkan segala urusan anda... :)
JazakAllahu Khairan
salam
ReplyDeleteminta izin dan halalkan bahan untuk rujukan kajian saya.syukran
Assalamualaikum...
ReplyDeleteminta izin untuk ambil maklumat dan menggunakannya dalam PPGB.terima kasih, semoga Allah mempermudah segala urusan anda...)
Assalamualaikum. Minta izin untuk rujukan kajian sy ye ustazah.
ReplyDeleteMinta halal dunia akhirat
ReplyDeleteMinta halal dunia akhirat
ReplyDeleteAssalamualaikum...minta halalkan untuk kajian saya ye ustazah...syukran
ReplyDeletesalam.. mohon share maklumat ini dan digunakan dalam pbgb..
ReplyDeletemohon halalkan untuk rujukan sy....syukran
ReplyDeleteMinta halal untuk rujukan saaya....Terima kasih banyak2
ReplyDeleteAssalamualaikum ustazah,mohon share ye ilmu ini.moga Allah permudahkan urusan ustazah
ReplyDeletesalam, minta halal ye..utk guna dalam kajian sy
ReplyDeleteSALAM..SAYA MOHON SHARE YER..SYUKRON
ReplyDeleteSaya minta kebenaran untuk dikongsi dalam kajian saya .mohon halalkan ya.
ReplyDeleteMOHON DIGUNAKAN UNTUK RUJUKAN DAN PANDUAN.T.KASIH
ReplyDeletesalam...saya mohon kebenaran untuk dikongsi dalam kajian tindakan saya....jazakillah khairal jazaa'
ReplyDeleteAssalamualaikum ustazah,mohon share ye ilmu ini.moga Allah permudahkan urusan ustazah
ReplyDeleteASSALAMUALAKUM USTAZAH,MOHON KEBENARAN UNTUK RUJUKAN KAJIAN SAYA YE..SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN USTAZAH.MOHON HALAL,SYUKRAN
ReplyDeleteSALAM...MOHON KEIZINAN DAN KEBENARAN KAJIAN USTAZAH SEBAGAI RUJUKAN KAJIAN SAYA SETERUSNYA...MOGA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA...
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Minta izin untuk rujukan
ReplyDeleteMinta izin untuk guna bahan
ReplyDeletemohon keizinan utk d gunakan...moga d berkahi Allah...
ReplyDeleteassalamualaikum ustazah....saya mohon dikongsi maklumat dalam kajian tindakan saya.. barakillah..jazakillah ustazah
ReplyDeleteAssalamualaikum ustazah..saya mohon keizinan menggunakan maklumat kajian tindakan ustazah dalam kajian tindakan saya.Barakillah..jazakillah ustazah.
ReplyDeleteMohon izinkan saya menggunakan kajian tuan sebagai rujukan. Terima kasih.. Barakallahu fik..
ReplyDeleteAssalamualaikum... mohon izin utk menggunakan kajian tindakan ini sebagai rujukan. semoga sentiasa dimurahkan rezeki...terima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Mohon izin utk dijadikan bhn rujukan.. Terima kasih.
ReplyDeleteAssalamualaikum..Mohon izin untuk guna sebagai reference ya..Barakallahufeeq
ReplyDeleteAssalamualaikum..mohon izin utk dijadikan bahan rujukan, Jazakallah khairan khatira.
ReplyDeleteAssalamualaikum..mohon izin untuk buat rujukan ya ustazah..terima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum.....mohon minta izin untuk membuat rujukan yea ustazah...terima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum. Mintabizin utk dijadikan bahan rurjukan ya ustazah
ReplyDeleteAssalamualaikum..Minta izin untuk rujukan ya ustazah.
ReplyDeleteAssalamualaikum...minta izin untuk rujukan ya ustzh..
ReplyDeleteAssalamualaikan mimta izin untuk jadikan panduan Semoga Tuan dirahmati Allah selalu terima kasih
ReplyDeleteMINTA IZIN UTK RUJUKAN YE USTAZAH
ReplyDeleteAssalam, minta izin untuk jadikan rujukan saya. Terima kasih. semoga Allah merahmati
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Mohon izin.. Dijadikan sebagai bahan rujukan
ReplyDeleteAslmkm...Mohon izin sebagai bahan rujukan Dan maklumat... Terima kasih
ReplyDeleteAssalamu alaikum sahabat, minta izin sebagai bahan rujukan Dan maklumat. Syukran..
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya mohon untuk mengambil sedikit maklumat dalam ni sebagai bahan rujukan. Syukran
ReplyDeleteAssalamualaikan mimta izin untuk jadikan panduan Semoga Tuan dirahmati Allah selalu terima kasih.
ReplyDeletemohon guna untuk kegunaan kajian kpd murid saya
ReplyDeleteTerima kasih dan moga allah ganjari dengan sebaik2 kebaikan