KAJIAN TINDAKAN KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS
ABSTRAK
ABSTRAK
Menurut Kemmis dan McTaggart (1988),
kajian tindakan ialah inkuiri yang berbentuk refleksi kendiri dan dilakukan
secara kolaboratif bagi menambahbaik atau memperbaiki amalan mereka sendiri
dengan melakukan perubahan dan mempelajarinya akibat daripada perubahan
tersebut. Kajian tindakan adalah merupakan satu proses mengkaji semula setiap
masalah yang berlaku di dalam kelas. Menurut Murray (2005) dan Macintyre (2000),
kajian tindakan adalah satu proses kendiri secara sistematik ke atas amalan
semasa. Kajian ini akan dilakukan bagi mencari penyelesaian masalah yang
berkaitan supaya guru dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih berkesan.
Hasil kajian ini adalah hasil pemerhatian
kepada kelemahan murid menyebut perkataan pinjaman bahasa Inggeris. Murid yang
terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada murid tahun 4A SK Kuala Gula,
Kuala Kurau, Perak iaitu seramai 3 orang sahaja. Tinjauan awal pernah dilakukan
ketika saya meminta mereka menyenaraikan perkataan-perkataan pinjaman bahasa
Inggeris yang terdapat di dalam petikan yang diberikan.
Berdasarkan pemerhatian saya, murid-murid
ini sukar untuk mengenali dan membezakan perkataan-perkataan pinjaman bahasa
Inggeris yang mengikut sebutan dan yang mengikut ejaan. Ini menyebabkan mereka
sukar untuk menulis semula perkataan-perkataan tersebut apabila latihan ejaan
dilakukan di dalam kelas walaupun telah diajar menggunakan teknik hafalan.
1.0 REFLEKSI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Saya mengajar matapelajaran Pendidikan
Islam bagi tahun 4. Pelajaran Jawi adalah merupakan salah satu bidang di dalam
Pendidikan Islam. Buku teks juga ditulis dengan tulisan jawi. Menyedari hakikat
ini, semestinya setiap murid perlu menguasai pelajaran jawi iaitu dapat membaca
dan menulis jawi dengan baik. Saya dapati masih terdapat murid tahun 4 tidak
dapat mengeja dan membezakan perkataan pinjaman bahasa Inggeris yang dieja
mengikut sebutan dan juga mengikut ejaan. Punca mereka gagal membezakan dan
mengeja sebutan ini kerana mereka tidak membuat ulangkaji di rumah dan tiada
galakan daripada rumah.
Pelajaran Jawi adalah merupakan salah
satu subjek penting yang ada di dalam peperiksaan Sijil Pendidikan Islam
apabila mereka berada di tahun 6 kelak. Kegagalan mereka membaca dan mengeja
dengan baik akan menyebabkan kemungkinan yang besar mereka akan gagal di dalam
peperiksaan tersebut. Mengikut sukatan pelajaran Pelajaran Jawi bagi murid
tahun 6, penekanan diberikan kepada menulis dua jenis khat iaitu khat nasakh
dan khat raq’ah. Mereka tidak lagi mempelajari perkataan pinjaman bahasa
Inggeris ini dan juga yang lain. Oleh yang demikian itu adalah menjadi
tanggungjawab setiap murid menguasai perkataan pinjaman Bahasa Inggeris ini.
Kurangnya penguasaan jawi di kalangan
murid adalah berpunca dari kurangnya penekanan dan kesedaran daripada pihak
penjaga. Mereka kurang mengambil berat sekiranya anak-anak mereka gagal dalam
mata pelajaran Jawi. Selain itu, sikap murid sendiri yang kurang berminat
dengan matapelajaran ini. Mereka beranggapan bahawa pelajaran ini tidak penting
berbanding dengan matapelajaran UPSR. Oleh yang demikian itu, saya telah cuba
mencari jalan penyelesaian demi memantapkan penguasaan jawi di kalangan mereka.
2.0 ISU KEPRIHATINAN
Sepanjang tempoh saya bertugas sebagai
guru Pendidikan Islam, saya dapati terdapat di kalangan murid-murid yang
bermasalah dalam membaca dan menulis tulisan jawi dengan betul termasuklah
perkataan-perkataan pinjaman Bahasa Inggeris. Ini telah menyebabkan saya
mengambil keputusan untuk membuat kajian tindakan.
Kajian tindakan ini dilakukan berfokus
kepada kelemahan murid untuk mengeja dan membezakan perkataan pinjaman Bahasa
Inggeris yang dieja mengikut sebutan dan yang mengikut ejaan. Kegagalan mereka membaca
tulisan jawi akan menyebabkan mereka sukar untuk menjawab soalan-soalan
peperiksaan Pendidikan Islam yang mana kini dicetak dalam tulisan jawi sahaja.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif
Am
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid
mengenal pasti perkataan-perkataan pinjaman Bahasa Inggeris yang terdapat di
dalam kebanyakan petikan.
3.2 Objektif
Khusus
3.2.1 Murid dapat mengenal pasti perkataan pinjaman
Bahasa
Inggeris
3.2.2 Murid dapat mengeja dan menulis perkataan
pinjaman Bahasa
Inggeris
3.2.3 Murid dapat membanding beza perkataan
pinjaman Bahasa
Inggeris yang dieja mengikut sebutan dan
juga yang dieja
mengikut bunyi.
4.0 KUMPULAN
SASARAN
Kumpulan sasaran terdiri daripada 3 orang iaitu
murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Kuala Gula, Kuala Kurau, Perak. Terdapat 2
orang murid perempuan dan seorang murid lelaki.
Mereka lemah dalam mengingati dan membandingbezakan cara menyebut dan mengeja
perkataan pinjaman Bahasa Inggeris ketika membuat latihan individu di rumah
yang saya berikan selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan.
5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN
5.1
Tinjauan Masalah
i
- Pemerhatian
Hasil
pemerhatian saya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang lepas
saya dapati murid-murid ini lemah dalam mengenalpasti dan membandingkan beza
ejaan apabila latihan ejaan dibuat.
ii -Temubual
Kaedah lain yang saya lakukan adalah melalui
temubual dengan murid yang telah dikenal pasti tidak menguasai perkataan
pinjaman Bahasa Inggeris ini secara individu. Secara tidak langsung temubual
ini dapat membantu saya mengetahui masalah yang murid-murid ini hadapi.
iii - Latihan
·
Aktiviti lembaran kerja
iaitu mengasingkan perkataan pinjaman Bahasa Inggeris yang dieja mengikut
sebutan dan dieja mengikut ejaan.
·
Latihan ejaan iaitu
menulis perkataan tanpa merujuk mana-mana buku atau nota.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
i – Pemerhatian
Berdasarkan
pemerhatian yang dilakukan sepanjang pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
saya dapati murid-murid ini sukar untuk mengenalpasti dan membandingkan beza
ejaan yang mengikut sebutan dan mengikut ejaan .
Contoh:
Perkataan pinjaman Bahasa Inggeris
|
Mengikut sebutan
|
Mengikut ejaan
|
Bot
|
PÌI
|
|
Kompleks
|
p
¹Î¼¿Ì·
|
|
Faks
|
p ¹¯
|
|
Universiti
|
ÏNÎmiÎÃÌÍ
|
|
Kek
|
¹Î·
|
|
Televisyen
|
ÅrÍμÎM
|
|
Glob
|
L̼
|
Murid-murid
sukar untuk mengenalpasti perkataan yang manakah perlu dieja mengikut sebutan
dan mengikut ejaan. Seperti mana yang kita maklumi bahawa perkataan pinjaman
bahasa Inggeris yang terbentuk dari satu suku kata hendaklah dieja mengikut
ejaan manakala yang lebih daripada dua suku kata hendaklah dieja mengikut bunyi
atau sebutan..
ii -
Hasil temubual dijalankan seperti berikut:
Dalam
laporan kajian ini saya memaparkan temubual yang telah dijalankan.
Dialog 1
Guru : Kenapa kita perlu belajar pelajaran jawi?
Murid : Untuk memudahkan kita membaca petikan di
dalam tulisan jawi
Guru : Adakah kamu tahu perkataan-perkataan
pinjaman bahasa Inggeris?
Murid : Tahu sedikit sahaja.
Guru : Bolehkah kamu mengenal pasti perkataan
pinjaman bahasa
Inggeris yang dieja mengikut ejaan?
Murid : Tidak tahu.
Guru : Adakah sesiapa di rumah yang mengajar kamu
tentang ejaan jawi?
Murid : Tidak.
.
Dialog 2
Guru : Kenapa kita perlu belajar perkataan
pinjaman bahasa Inggeris?
Murid : Supaya dapat membaca teks jawi dengan betul.
Guru : Sebutkan perkataan pinjaman bahasa Inggeris
yang kamu tahu?
Murid : Bot, kek, telefon, televisyen .
Guru : Adakah kamu tahu perkataan yang manakah
dieja mengikut
sebutan
atau ejaan?
Murid : Tidak tahu
Guru : Adakah sesiapa di rumah menunjuk ajar kamu
tentang pelajaran
jawi ini?
Murid : Saya ada belajar dengan kakak saya tetapi
tidak diterangkan
perbezaan tersebut.
Dialog 3
Guru : Kenapa kita perlu belajar pelajaran jawi?
Murid : ??? (Diam sahaja)
Guru : Adakah kamu tahu perkataan-perkataan pinjaman
bahasa
Inggeris
?
Murid : Tahu sedikit sahaja.
Guru : Apakah perkataan-perkataan pinjaman bahasa
Inggeris yang kamu
tahu?
Murid : Bot, beg, van.
Guru : Adakah sesiapa di rumah yang mengajar kamu
tentang ejaan jawi?
Murid : Tidak, saya hanya belajar di sekolah sahaja.
iii -
Latihan
Hasil
daripada latihan yang diberikan di rumah serta ujian lisan yang telah
dijalankan, saya dapat mengenal pasti bahawa tiga orang murid ini perlu dibantu
supaya dapat mengenal pasti dan membezakan perkataan pinjaman bahasa Inggeris
yang dieja mengikut sebutan dan juga mengikut ejaan.
5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Saya telah menjalankan tindakan
berdasarkan analisis yang telah dibuat. Langkah pertama adalah dengan
menasihati murid-murid supaya rajin membaca buku atau majalah atau petikan di
dalam tulisan jawi. Tindakan seterusnya adalah dengan membuat latih tubi bagi ejaan
perkataan pinjaman bahasa Inggeris. Apabila perkataan pinjaman bahasa Inggeris telah dikuasai maka lebih mudah untuk murid
berkenaan membuat perbezaan ejaan di antara ejaan mengikut sebutan dengan
mengikut ejaan. Selain itu, saya juga menyediakan kad imbasan yang mengandungi
perkataan pinjaman bahasa Inggeris dan murid dapat mengkelaskannya.
5.4 Perlaksanaan Tindakan
Guru
menjalankan dua aktiviti bagi membantu ketiga-tiga murid ini supaya dapat
menguasai perkataan pinjaman bahasa Inggeris serta dapat mengkelaskannya
mengikut sebutan dan mengikut ejaan.
i - Perlaksanaan Aktiviti 1 (Permainan Serasi
Bersama)
Setiap orang murid dibekalkan dengan set perkataan-perkataan
pinjaman bahasa Inggeris. Susunannya kad imbasan ini tidak teratur. Oleh itu
setiap murid perlulah mencari perkataan-perkataan pinjaman bahasa Inggeris
dalam himpunan kad yang mengandungi pelbagai perkataan. Kemudian, mereka diminta menampalkannya di
ruangan yang telah disediakan. Kad perkataan bahasa Inggeris ini hendaklah
diletakkan mengikut kategori yang dieja mengikut sebutan dan juga mengikut
ejaan. Murid yang berjaya mengklasifikasikannya diberikan hadiah.
ii –
Perlaksanaan Aktiviti 2 (Permainan Mengumpul Harta Karun)
Guru menyediakan dua buah kotak yang
tertulis perkataan ‘Dieja Mengikut Sebutan’ dan ‘Dieja Mengikut Ejaan’. Guru
menunjukkan tiga meja yang mengandungi perkataan-perkataan pinjaman bahasa
Inggeris dengan tiga warna yang berbeza. Setiap murid ditetapkan mencari perkataan
pinjaman bahasa Inggeris mengikut warna tema yang telah ditetapkan. Kemudian
mereka dikehendaki memasukkannya ke dalam kotak mengikut kategori yang telah
ditulis di kotak tersebut. Perbezaan warna ini memudahkan guru menilai murid
yang mana dapat menguasai dan yang tidak dapat menguasai isi pelajaran. Murid
yang berjaya membuat klasifikasi diberikan hadiah.
5.5
Refleksi Kerja
Setelah aktiviti satu dan dua dilakukan,
saya dapati terdapat perubahan positif
ke atas murid-murid. Sebelum menggunakan kedua-dua permainan ini, murid
saya agak sukar membezakan perkataan pinjaman bahasa Inggeris yang dieja
mengikut sebutan dan juga mengikut ejaan. Setelah aktiviti ini dijalankan,
murid-murid telah dapat mengenal pasti dan mengejanya dengan betul. Kesemua
aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar. Murid telah
menunjukkan keyakinan diri yang tinggi tambahan tumpuan hanya diberikan kepada
mereka sahaja. Oleh sebab itu mereka dapat mengikuti aktiviti yang dijalankan
dengan jaya.
Berikut
adalah pencapaian dalam ujian sebelum dan selepas aktiviti ini dijalankan.
BIL
|
NAMA
|
MARKAH SEBELUM
|
MARKAH SELEPAS
|
1.
|
MOHAMAD
YUSRI
|
28
|
45
|
2.
|
NOR
INSYIRAH
|
34
|
48
|
3.
|
NOORHAYATI
|
40
|
51
|
·
Rumusan Pemerhatian
Hasil daripada kajian ini dapat saya lihat
bahawa murid-murid telah menunjukkan minat melaksanakan aktiviti yang
dirancang. Mereka kelihatan seronok ketika membuat aktiviti ini. Ini dapat
meningkatkan pengetahuan mereka di samping itu dapat memupuk rasa suka untuk membaca
jawi.
6.0
CADANGAN TINDAKAN SETERUSNYA
Kesemua aktiviti yang dijalankan dapat
membantu menjayakan kajian tindakan yang saya jalankan ke atas murid-murid berkenaan.
Saya bercadang untuk meneruskan program ini terhadap murid-murid yang
menghadapi masalah yang sama. Penguasaan murid-murid terhadap perkataan-perkataan
pinjaman bahasa Inggeris ini dapat membolehkan mereka mempelajari tajuk
seterusnya yang berkaitan dengan kemahiran membaca dan menulis jawi dengan
lebih mudah. Seterusnya saya ingin meningkatkan pengetahuan murid berkenaan
dengan tajuk perkataan-perkataan pinjaman bahasa Arab pula. Dengan itu,
murid-murid tidak lagi menghadapi masalah membaca dan menulis jawi dengan baik.
7.0
PENUTUP
Sebagai seorang guru, sememangnya kita
akan berhadapan dengan pelbagai kerenah, ragam dan daya intelek dari kalangan
murid-murid. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk meningkatkan prestasi
mereka agar menjadi lebih baik dari sebelumnya. Walau apa pun usaha yang
berterusan hendaklah dilakukan agar semua
murid dapat menerima pendidikan berkualiti dan selaras berdasarkan
Kurikulum Pendidikan Kebangsaan.
BIBLIOGRAFI
1. Buku manual Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan
& Penyelidikan
Dasar
Pendidikan.Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Buku Teks KSSR Pendidikan Islam Tahun 4 .
Dewan Bahasa dan Pustaka
3. Dokumen Standard Prestasi Kurikulum (DSPK)
Pendidikan Islam Tahun 4.
Kementerian
Pelajaran Malaysia
4. Matlob (2003), Modul Cekap Jawi: Pandai
Jawi Pandai Khat, Penerbitan
Matlob, Kuala
Lumpur
assalamualaikum....boleh saya dptkn nama pgkaji kajian tindakan di atas? sy nk ambil sbagai rujukan...syukran
ReplyDelete